Program Maxis eKelas Pendidikan Secara Digital
4 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 3 Ogos 2018 telah diadakan satu Program Maxis eKelas Pendidikan Secara Digital di Pusat Internet Kampung Chengal. Program Maxis eKelas ini adalah merupakan satu program Tanggungjawab Sosial Korporat yang terbaru daripada Maxis. Program eKelas ini diadakan bertujuan memberi peluang pendidikan melalui teknologi digital. Khusus buat pelajar di luar bandar serta miskin bandar.
Maxis eKelas menyediakan pembelajaran selepas waktu persekolahan buat pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Program ini memberi fokus kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris mengikut silibus pendidikan Malaysia.
Pelajar yang menyertai Maxis eKelas ini, berpeluang menyertai pembelajaran jarak jauh bersama-sama guru pakar menerusi persidangan video masa nyata, menonton semula persidangan video tersebut untuk rujukan, membuat ulangkaji bersama rakan-rakan di seluruh Malaysia, serta pelbagai lagi kemudahan yang terdapat di Pusat Internet.
Program yang diadakan di Pusat Internet Kampung Chengal ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan dihadiri oleh seramai 35 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk para peserta yang menghadiri program ini dan ternyata program yang diadakan ini mendapat sambutan yang meriah daripada para pelajar yang hadir.
Kepada yang berminat untuk menyertai Maxis eKelas, mereka boleh mendaftar menerusi Pusat Internet berhampiran yang terlibat di bawah selian Maxis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: